Sekolah Di Buka Secara Berfasa Mulai 3 Oktober: Persediaan Untuk Pelajar Menghadapi SPM 2021

Berita baik, sekolah-sekolah mula akan dibuka secara berfasa mulai 3 Oktober 2021.

Walaubagaimanapun kehadiran pelajar masih mengguna-pakai kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50 peratus di dalam kelas.

Ini bermakna, proses PdPR masih berlangsung. Ibubapa juga perlu menyesuaikan diri bagi proses penghantaran anak-anak ke sekolah dan juga proses PdPR bagi minggu-minggu atau giliran anak hadir ke sekolah dan juga PdPR.

Penggunaan teknologi terkini amat disarankan agar pelajar-pelajar dapat belajar dengan berkesan dalam norma baru ini.

Pihak berwajib peringkat negara atau negeri, malahan daerah boleh memilih guru-guru pakar untuk mengajar secara interaktif bagi sesuatu subjek bagi setiap negeri atau daerah tertentu. Misalnya, Jabatan Pendidikan menjadualkan pembelajaran secara online untuk Subjek Matematik pada jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi setiap hari Isnin.

Dengan itu, semua pelajar atau sebahagian besar pelajar dalam daerah berkenaan dapat memanafaatkan kaedah pembelajaran daripada Guru Pakar berkenaan, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM2021 nanti.

Benar, mungkin terdapat kengkangan dari segi capaian internet atau gadget. Namun untuk merealisasikan sesuatu perkara persiapan awal dan perancangan yang teliti perlu diadakan.

Isu ketidakhadiran pelajar ke kelas online bukan terhad kepada pelajar yang tidak mempunyai gadget atau internet semata-mata. Berapa peratus kah pelajar yang tidak hadir disebabkan isu internet atau gadget?

Sebagai seorang bapa yang telah menggunakan portal pendidikan sebagai pelengkap ecosistem pendidikan, saya ingin berkongsi dengan anda semua kaedah yang boleh diguna pakai bagi pembelajaran anak-anak di rumah.

Lebih-lebih lagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2021.

Jumpa anda semua di artikel akan datang.

Untuk berbual terus dengan saya hubungi saya, Zulfikri (019-6596975).